Loading

Pelan Tindakan Pelancongan Seberang Perai

Pelaksanaan Pelan Tindakan

Bahagian ini menghuraikan pelaksanaan pelan tindakan pelancongan Seberang Perai yang dirangka berdasarkan dapatan penilaian semasa, dengan penekanan kepada jangka pendek bagi menangani isu dan kelemahan utama produk pelancongan.

Jadual 6.1: Rumusan Cadangan Awal Pelan Tindakan Pelancongan Seberang Perai
PELAN JANGKA PENDEK
BIL KEADAAN SEMASA TINDAKAN TEMPOH LAKSANA KEBERHASILAN
1 Sebanyak 1,068 produk pelancongan (57.66%) mencatat skor rendah (0.01–0.4) bagi kemudahan dan fasiliti asas, menandakan penyediaan fasiliti asas yang tidak memuaskan. Memastikan kemudahan fasiliti asas di premis pelancongan berada dalam tahap yang baik. JANGKA PENDEK
2026 - 2030
  • Meningkatkan keselesaan dan kepuasan pelancong semasa melancong.
  • Menyokong imej destinasi pelancongan yang mesra dan profesional.
2 Pelaksanaan dan pematuhan SOP keselamatan serta penyediaan papan tanda amaran dan kelengkapan keselamatan di 1,278 produk pelancongan (69.01%) yang mencatat skor rendah (0.01–0.4). Penyediaan Garis Panduan Keselamatan Standard (SOP) yang komprehensif untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi dalam setiap aspek aktiviti pelancongan.
  • Meningkatkan tahap keselamatan pelancong semasa aktiviti pelancongan.
  • Meningkatkan keyakinan pelancong terhadap keselamatan destinasi pelancongan.
3 Penguatkuasaan amalan pelancongan mampan melalui pengurusan sisa, pemeliharaan alam sekitar dan penglibatan komuniti setempat di 1,456 produk yang mencatat skor rendah (78.60%) (0.01–0.4). Penguatkuasaan polisi kelestarian yang mewajibkan pengusaha pelancongan untuk mematuhi amalan pelancongan mampan.
  • Memastikan pematuhan amalan kelestarian dalam pengoperasian produk pelancongan.
  • Mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar dan meningkatkan kelestarian destinasi.
4 Pelaksanaan program latihan, pensijilan dan garis panduan pengurusan kakitangan bagi 223 produk pelancongan (12.04%) yang mencatat skor rendah (0.01–0.4). Menyediakan panduan pengurusan kakitangan dan standard operasi untuk meningkatkan prestasi.
  • Meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kualiti perkhidmatan kakitangan.
  • Meningkatkan kepuasan pelancong melalui layanan yang lebih cekap dan responsif.
PELAN JANGKA PANJANG
BIL KEADAAN SEMASA TINDAKAN TEMPOH LAKSANA KEBERHASILAN
1 Penambahbaikan rangkaian akses, papan tanda arah, laluan masuk dan kemudahan parkir bagi 399 produk pelancongan (±21.5%) yang mencatat skor rendah (0.01–0.4). Menaik taraf jalan masuk ke lokasi pelancongan, termasuk jalan kampung, lorong pejalan kaki, dan laluan ke kawasan semula jadi. JANGKA PANJANG
2026 - 2035
  • Meningkatkan kemudahan akses dan kebolehcapaian ke produk pelancongan.
  • Meningkatkan keselesaan serta pengalaman pelancong semasa melancong.
1 Pengukuhan elemen keunikan melalui pembangunan identiti tempatan seperti kraftangan, seni, makanan tradisional dan tarikan semula jadi bagi 1,700 produk pelancongan (91.70%) yang mencatat skor rendah (0.01–0.4). Pembangunan produk pelancongan berasaskan identiti tempatan, penghasilan naratif tempatan, serta pengukuhan pengalaman berasaskan budaya dan warisan bagi menonjolkan kekayaan warisan tempat serta memperkukuh keunikan destinasi pelancongan.
  • Meningkatkan identiti dan daya tarikan unik produk pelancongan.
  • Membezakan produk pelancongan Seberang Perai daripada destinasi lain.
3 Pengukuhan strategi pemasaran dan promosi melalui penggunaan platform digital, penjenamaan produk dan kolaborasi promosi bagi 979 produk pelancongan (±52.8%) yang mencatat skor rendah (0.01–0.4). Pengukuhan platform digital dengan menggalakkan kolaborasi antara pihak berkuasa tempatan, penggiat industri pelancongan dan agensi pelancongan bagi melaksanakan kempen pemasaran bersama yang lebih berkesan dan bersepadu.
  • Meningkatkan tahap keterlihatan dan pendedahan produk pelancongan kepada pasaran yang lebih luas.
  • Meningkatkan daya tarikan dan bilangan kunjungan pelancong.
4 Penambahbaikan reka bentuk kawasan, elemen interpretasi pelancongan, landskap dan kebersihan persekitaran bagi 618 produk pelancongan (33.34%) yang mencatat skor rendah (0.01–0.4). Memberikan latihan kepada pengurus pelancongan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta keupayaan promosi produk pelancongan secara berkesan.
  • Meningkatkan kualiti pengalaman pelancongan semasa lawatan.
  • Meningkatkan daya tarikan visual dan imej produk pelancongan.

Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024