Metodologi Kajian
Bagi memastikan kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan yang sesuai, pemahaman yang menyeluruh terhadap kerangka dasar semasa adalah amat penting. Pendekatan strategik berasaskan visi dan dasar diguna pakai untuk mengenal pasti dasar serta sasaran terkini di peringkat antarabangsa, nasional dan tempatan melalui kaedah analisis strategik. Proses ini melibatkan penilaian terperinci bagi memastikan dasar-dasar yang relevan dapat diterjemahkan secara berkesan ke dalam Kajian Inventori Produk dan Pelan Tindakan Pelancongan Seberang Perai, Pulau Pinang pada peringkat akhir kajian.
Fokus utama kajian ini adalah terhadap penterjemahan hala tuju strategik yang digariskan dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai (RTSP) 2030 sebagai kerangka dasar dan dokumen perancangan semasa. Dasar-dasar dan konsep perancangan yang dirujuk adalah selari dengan rajah dasar yang digariskan, bagi memastikan kesepaduan antara hala tuju semasa dan sasaran jangka panjang ke arah pembangunan sektor pelancongan yang mampan di Seberang Perai.
Matlamat Kajian
Matlamat utama kajian ini adalah untuk memastikan:
Objektif Kajian
Metodologi Keseluruhan
Rajah dibawah merupakan carta alir metodologi kajian menerusi gambaran menyeluruh proses kerja yang akan dijalankan di dalam Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan di Seberang Perai, Pulau Pinang untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Pendekatan Kajian
Pendekatan kajian ini menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang produk pelancongan yang terdapat di kawasan kajian. Tumpuan diberikan kepada pengumpulan data primer dan sekunder bagi memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diperoleh. Pendekatan ini merangkumi empat (4) komponen utama seperti berikut:
Kaedah Pengumpulan Data
3.5.1 Borang Kaji Selidik Produk Pelancongan
Dalam usaha menilai tahap kesiapsiagaan dan potensi sesuatu produk pelancongan di Seberang Perai, satu borang kaji selidik telah dibangunkan yang merangkumi lapan (8) kriteria utama penilaian. Kriteria ini dirancang untuk mendapatkan maklumat menyeluruh berhubung kekuatan, kekurangan serta aspek penambahbaikan yang diperlukan oleh sesuatu lokasi pelancongan. Berikut merupakan setiap kriteria: