Pengenalan Kajian Inventori Produk dan Pelan Tindakan Pelancongan
Seberang Perai mempunyai pelbagai potensi pelancongan yang belum diterokai sepenuhnya. Untuk merealisasikan potensi-potensi ini, sebuah kajian tindakan yang menyeluruh dan terancang diperlukan, merangkumi penilaian terhadap status semasa, potensi segmen baharu serta pengenalan produk pelancongan baharu yang berdaya saing. Sehubungan itu, satu rangka tindakan yang holistik adalah penting untuk menentukan hala tuju strategik industri pembangunan pelancongan di Seberang Perai.
Kajian ini memberikan fokus kepada analisis inventori produk pelancongan serta penyediaan pelan tindakan bagi mengenal pasti segmen pelancongan sedia ada yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan, di samping menggariskan pelan tindakan, cadangan pelaksanaan, implikasi kos, kaedah penilaian dan strategi pelaksanaan bagi jangka pendek.
Keperluan Kepada Inventori Produk dan Pelan Tindakan Pelancongan
Senario Pelancongan Kawasan Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 (RTSP 2030)
Kawasan Kajian Seberang Perai
Negeri Pulau Pinang terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pulau dan Seberang Perai, yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Di bahagian Seberang Perai, negeri ini bersempadan dengan Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur serta Negeri Perak di bahagian Selatan.
Seberang Perai terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan dibahagikan kepada tiga daerah utama: Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS). Kawasan Perancangan Tempatan Seberang Perai (WTSP) 2030 merangkumi kawasan seluas 73,841.4 hektar (738.41 km²), yang merangkumi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai yang termasuk di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).