Penemuan Utama Kajian
Hasil kajian mendapati sebanyak 1853 produk pelancongan telah dikenal pasti melalui pengenalpastian berasaskan tiga Dimensi (Dimensi 1: Kajian Lapangan, Dimensi 2: Maklum Balas Agensi Berkepentingan Luaran dan Dimensi 3: Focus Group Discussion). Produk ini terbahagi kepada tiga (3) daerah utama iaitu 383 produk di Seberang Perai Selatan, 919 produk di Seberang Perai Tengah dan 551 produk di Seberang Perai Utara. Terdapat 10 kategori produk pelancongan yang terdapat di Seberang Perai. Secara umumnya, produk pelancongan yang dominan adalah produk berasaskan makanan dan minuman (gastronomi), ini selaras dengan reputasi Pulau Pinang itu sebagai destinasi pelancongan makanan antarabangsa.
Sumber: Kajian Inventori Produk dan Pelan Tindakan Pelancongan di Seberang Perai, Pulau Pinang
Sumber: Kajian Inventori Produk dan Pelan Tindakan Pelancongan di Seberang Perai, Pulau Pinang
Produk pelancongan yang dikenal pasti telah dikategorikan kepada tiga tahap kualiti iaitu Kategori Tinggi, Kategori Sederhana dan Kategori Rendah berdasarkan kriteria penilaian seperti daya tarikan, kemudahan sokongan, aksesibiliti, tahap promosi dan kesediaan untuk pasaran antarabangsa. Berdasarkan analisis keseluruhan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 187 atau 10% produk pelancongan telah diklasifikasikan sebagai berkualiti tinggi, manakala selebihnya berada dalam kategori sederhana dan rendah.
Produk Pelancongan di Seberang Perai Mengikut Daerah
Penentuan tahap produk pelancongan merupakan langkah penting dalam mengenal pasti kekuatan, potensi, dan hala tuju pembangunan destinasi. Melalui penilaian yang sistematik, pelbagai aspek seperti kualiti, jenis, dan hierarki produk dapat dianalisis bagi memastikan kesesuaian dengan kehendak pasaran serta matlamat pembangunan mampan. Bahagian ini menghuraikan tiga pendekatan utama iaitu peringkat kualiti, peringkat jenis, dan peringkat hierarki produk pelancongan, yang akan digunakan sebagai asas dalam mengkategorikan produk pelancongan di kawasan kajian.
Kajian inventori pelancongan yang telah dijalankan telah mengenal pasti pelbagai 5 kriteria penilaian yang digunakan untuk menentukan tahap dan kategori kualiti produk pelancongan di Daerah Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Kriteria-kriteria ini berfungsi sebagai asas penilaian bagi mengenal pasti potensi, kekuatan serta tahap kematangan sesuatu produk pelancongan, sekalii gus membantu dalam merancang strategi pembangunan pelancongan yang lebih berkesan dan mampan di kawasan tersebut.
Penentuan Peringkat Kualiti Produk Pelancongan
Ranking Kualiti Produk Perlancongan
| BIL | RANKING KUALITI PRODUK | SKOR PURATA |
|---|---|---|
| 1 | Kualiti Tinggi | Lebih 0.67 |
| 2 | Kualiti Sederhana | 0.33 hingga 0.67 |
| 3 | Kualiti Rendah | Kurang 0.33 |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Berdasarkan kriteria yang telah dikenal pasti, terdapat tiga tahap ranking kualiti produk pelancongan. Ranking ini dibuat berdasarkan penilaian kriteria-kriteria tersebut.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Kualiti Tinggi
194
Produk
11%
Kualiti Sederhana
1263
Produk
68%
Kualiti Rendah
396
Produk
21%
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti produk pelancongan di Seberang Perai berada pada peringkat kualiti sederhana dengan 1,263 produk (68%), diikuti oleh kualiti rendah sebanyak 396 produk (21%) dan kualiti tinggi sebanyak 194 produk (11%). Taburan ini menggambarkan bahawa kebanyakan produk pelancongan mempunyai tahap kualiti yang memadai tetapi masih memerlukan penambahbaikan, khususnya dari segi kemudahan, aksesibiliti dan pengalaman pelancong. Produk berkualiti tinggi pula adalah terhad dan tertumpu di kawasan tertentu yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik. Secara keseluruhan, dapatan ini menekankan keperluan pelan tindakan yang bersasar bagi meningkatkan kualiti produk pelancongan secara menyeluruh di Seberang Perai.
Terdapat 8 kriteria penilaian yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menentukan tahap serta kategori jenis produk pelancongan di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kriteria-kriteria ini menjadi asas dalam menilai potensi, kekuatan serta tahap kematangan setiap produk pelancongan. Hasil penilaian ini membolehkan pengelasan tahap produk dibuat secara sistematik, sekali gus menyokong perancangan strategi pembangunan pelancongan yang lebih berkesan dan mampan di kawasan kajian.
Penilaian Kriteria Jenis Produk
Ranking Jenis Produk Perlancongan
| BIL | RANKING JENIS PRODUK | SKOR PURATA |
|---|---|---|
| 1 | Produk Ikonik | Lebih 0.67 |
| 2 | Produk Teras | 0.33 hingga 0.67 |
| 3 | Produk Potensi | Kurang 0.33 |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Berdasarkan kriteria yang telah dikenal pasti, terdapat tiga ranking jenis produk pelancongan. Penentuan ranking jenis ini dibuat berdasarkan penilaian terhadap setiap kriteria tersebut.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Produk Ikonik
194
Produk
11%
Produk Teras
1263
Produk
68%
Produk Potensi
396
Produk
21%
Dapatan analisis menunjukkan taburan peringkat jenis produk pelancongan di Seberang Perai yang dikelaskan kepada Produk Ikonik, Produk Potensi dan Produk Teras berdasarkan analisis inventori. Secara keseluruhan, majoriti produk pelancongan dikenal pasti sebagai Produk Teras dengan 1,263 produk (68%), mencerminkan asas utama penawaran pelancongan yang menyokong aktiviti dan pergerakan pelancong di kawasan kajian. Produk Potensi pula merekodkan 396 produk (21%), menunjukkan sejumlah produk yang mempunyai peluang untuk dipertingkatkan bagi menjadi tarikan utama melalui penambahbaikan kemudahan, promosi dan kualiti perkhidmatan. Sementara itu, hanya 194 produk (11%) diklasifikasikan sebagai Produk Ikonik, yang tertumpu di lokasi tertentu dan berperanan sebagai tarikan unggul yang menyumbang kepada imej dan identiti pelancongan Seberang Perai.
Kajian inventori pelancongan yang dilaksanakan telah mengenal pasti 2 kriteria utama penilaian yang digunakan bagi menentukan tahap dan hierarki kategori produk pelancongan di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kriteria-kriteria tersebut menjadi panduan dalam menilai potensi, kekuatan dan tahap kematangan sesuatu produk pelancongan, sekali gus menyumbang kepada perancangan strategi pembangunan pelancongan yang lebih terarah dan lestari di kawasan berkenaan.
Rajah Penilaian Kriteria Hierarki Produk
Ranking Hierarki Produk Pelancongan
| BIL | RANKING HIERARKI PRODUK | SKOR PURATA |
|---|---|---|
| 1 | Hierarki Antarabangsa | Lebih 0.67 |
| 2 | Hierarki Kebangsaan | 0.33 hingga 0.67 |
| 3 | Hierarki Tempatan | Kurang 0.33 |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Berdasarkan kriteria yang telah dikenal pasti, terdapat tiga ranking hierarki produk pelancongan. Penentuan ranking hierarki ini dibuat berdasarkan penilaian terhadap 2 kriteria tersebut.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Produk Antarabangsa
194
Produk
11%
Produk Kebangsaan
1263
Produk
68%
Produk Tempatan
396
Produk
21%
Data memaparkan taburan hierarki produk pelancongan di Seberang Perai yang diklaskan kepada Produk Antarabangsa, Produk Kebangsaan dan Produk Tempatan berdasarkan penilaian inventori. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti produk pelancongan tergolong sebagai Produk Kebangsaan dengan 1,263 produk (68%), mencerminkan peranan utama Seberang Perai sebagai destinasi yang menyokong pasaran pelancongan domestik. Produk Tempatan pula merekodkan 396 produk (21%), yang berfungsi sebagai tarikan sokongan kepada komuniti setempat dan pelancong sekitar. Sementara itu, Produk Antarabangsa hanya merangkumi 194 produk (11%), tertumpu di lokasi tertentu dan berpotensi menjadi tarikan berprofil tinggi.
Bahagian ini membentangkan penemuan utama serta analisis terhadap produk pelancongan yang dikenal pasti di kawasan kajian. Analisis dijalankan berdasarkan data inventori yang diperolehi melalui kajian lapangan, maklumat balas agensi berkepentingan dan perbincangan kumpulan fokus (FGD). Penemuan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai taburan, jenis serta dominasi produk pelancongan mengikut daerah dan kategori, seterusnya membantu dalam menilai potensi, kekuatan dan jurang pembangunan pelancongan di Seberang Perai.
Bilangan Produk Pelancongan Mengikut Jenis
Bahagian ini menghuraikan bilangan produk pelancongan yang dikenal pasti di kawasan kajian mengikut jenis dan kategori. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis produk pelancongan yang dominan serta pola taburannya, seterusnya memberi gambaran awal tentang struktur dan fokus pembangunan pelancongan di Seberang Perai.
Bilangan Produk Pelancongan Mengikut Jenis
Taburan Produk Pelancongan Mengikut Jenis di Seberang Perai
Hasil kajian mendapati bahawa bilangan produk pelancongan mengikut jenis menunjukkan bahawa pelancongan gastronomi dan kulinari merupakan kategori paling dominan di Seberang Perai dengan 71.0% daripada keseluruhan produk pelancongan. Dapatan ini mencerminkan kekuatan utama kawasan kajian yang berasaskan kepelbagaian makanan tempatan dan aktiviti kulinari sebagai tarikan pelancong. Kategori lain seperti pelancongan budaya dan warisan (4.7%), pelancongan alam semula jadi dan kembara (4.3%), serta pelancongan membeli-belah, rekreasi dan gaya hidup (4.4%) mencatatkan peratusan sederhana, menunjukkan potensi untuk diperkukuh melalui penambahbaikan kemudahan dan promosi.
Selain itu, pelancongan buatan manusia (3.7%), pelancongan komuniti (3.6%), pelancongan kesihatan dan wellness (3.6%) serta pelancongan sukan dan rekreasi (3.0%) mencerminkan kepelbagaian produk pelancongan yang sedia ada namun masih memerlukan strategi pembangunan yang lebih bersasar. Sebaliknya, pelancongan MICE (0.6%) dan pelancongan akua dan marin (0.8%) mencatatkan peratusan yang rendah, menunjukkan keperluan kepada intervensi khusus bagi meningkatkan daya saing dan peranan kategori ini dalam struktur pelancongan Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Analisis menunjukkan bahawa tumpuan produk pelancongan adalah paling tinggi di Seberang Perai Tengah, manakala Seberang Perai Utara mempunyai tumpuan sederhana dan Seberang Perai Selatan menunjukkan tumpuan yang lebih rendah. Corak ini menggambarkan kebergantungan pelancongan kepada kawasan berinfrastruktur baik serta keperluan pembangunan produk baharu yang lebih seimbang di seluruh Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Dapatan menunjukkan bahawa majoriti produk pelancongan di Seberang Perai merupakan produk terancang dengan 1,466 produk (79%), manakala 387 produk (21%) dikenal pasti sebagai produk tidak terancang, menandakan keperluan penambahbaikan perancangan di lokasi terpilih.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Bilangan Mengikut Skor Kemudahsampaian dan aksesibiliti
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 120 | 6.48 |
| 2 | Skor 0.9 | 237 | 12.79 |
| 3 | Skor 0.8 | 283 | 15.27 |
| 3 | Skor 0.7 | 230 | 12.41 |
| 4 | Skor 0.6 | 330 | 17.81 |
| 5 | Skor 0.5 | 254 | 13.71 |
| 6 | Skor 0.4 | 102 | 5.50 |
| 7 | Skor 0.3 | 51 | 2.75 |
| 8 | Skor 0.2 | 36 | 1.94 |
| 9 | Skor 0.1 | 17 | 0.92 |
| 10 | Skor 0.01 | 193 | 10.42 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil kajian menunjukkan majoriti produk mencatatkan skor sederhana, khususnya Skor 0.6 (17.81%), Skor 0.8 (15.27%), Skor 0.5 (13.71%) dan Skor 0.9 (12.79%), menunjukkan kebanyakan produk mempunyai tahap akses yang memadai tetapi masih berpotensi untuk dipertingkatkan. Produk dengan skor tinggi (Skor 1.0) hanya merangkumi 6.48%, manakala produk dengan skor rendah (Skor 0.3 ke bawah) mencatatkan peratusan yang kecil namun signifikan.
Dari segi taburan spatial, peta menunjukkan produk dengan skor aksesibiliti tinggi lebih tertumpu di Seberang Perai Tengah, sejajar dengan kewujudan rangkaian jalan utama, kawasan bandar dan kemudahan sokongan yang lebih lengkap. Sebaliknya, Seberang Perai Selatan dan sebahagian kawasan luar bandar di Seberang Perai Utara menunjukkan kehadiran produk dengan skor rendah, mencerminkan cabaran dari segi akses, jarak dan sokongan infrastruktur. Secara keseluruhan, dapatan ini menekankan keperluan penambahbaikan kemudahsampaian secara bersasar mengikut kawasan bagi menyokong pembangunan pelancongan yang lebih seimbang dan inklusif di Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Penilaian Kemudahan dan Fasiliti Asas
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 0 | 0.0 |
| 2 | Skor 0.9 | 1 | 0.05 |
| 3 | Skor 0.8 | 6 | 0.32 |
| 3 | Skor 0.7 | 90 | 4.86 |
| 4 | Skor 0.6 | 280 | 15.11 |
| 5 | Skor 0.5 | 408 | 22.02 |
| 6 | Skor 0.4 | 468 | 25.27 |
| 7 | Skor 0.3 | 233 | 12.58 |
| 8 | Skor 0.2 | 108 | 5.83 |
| 9 | Skor 0.1 | 67 | 3.62 |
| 10 | Skor 0.01 | 192 | 10.36 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil kajian mendapati majoriti produk pelancongan berada pada tahap sederhana, khususnya pada Skor 0.4 (25.27%) dan Skor 0.5 (22.02%), diikuti oleh Skor 0.6 (15.11%). Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar produk mempunyai tahap kemudahsampaian yang memadai, namun masih memerlukan penambahbaikan bagi mencapai tahap aksesibiliti yang lebih tinggi.
Sebaliknya, bilangan produk yang mencatatkan skor tinggi adalah sangat terhad, dengan hanya 0.32% pada Skor 0.8, 0.05% pada Skor 0.9, dan tiada produk direkodkan pada Skor 1.0. Bagi skor rendah pula, produk dengan Skor 0.3 dan ke bawah membentuk peratusan yang signifikan, menunjukkan kewujudan kekangan dari segi capaian fizikal, jarak, serta kemudahan asas sokongan. Secara keseluruhan, dapatan ini menegaskan keperluan penambahbaikan kemudahsampaian dan aksesibiliti secara berperingkat bagi menyokong pembangunan produk pelancongan yang lebih seimbang dan inklusif di Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Penilaian Keunikan Produk Pelancongan
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 1 | 0.05 |
| 2 | Skor 0.9 | 9 | 0.49 |
| 3 | Skor 0.8 | 19 | 1.03 |
| 3 | Skor 0.7 | 15 | 0.81 |
| 4 | Skor 0.6 | 16 | 0.86 |
| 5 | Skor 0.5 | 53 | 2.86 |
| 6 | Skor 0.4 | 44 | 2.37 |
| 7 | Skor 0.3 | 460 | 24.82 |
| 8 | Skor 0.2 | 40 | 2.16 |
| 9 | Skor 0.1 | 30 | 1.62 |
| 10 | Skor 0.01 | 1,166 | 62.91 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil analisis mendapati majoriti produk pelancongan mencatatkan skor yang sangat rendah, khususnya Skor 0.01 yang merangkumi 1,166 produk (62.91%), diikuti oleh Skor 0.3 (24.82%). Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar produk pelancongan masih berdepan kekangan ketara dari segi kemudahsampaian dan aksesibiliti.
Sebaliknya, bilangan produk yang mencapai skor sederhana hingga tinggi adalah sangat terhad. Produk dengan Skor 0.5 dan ke atas hanya merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan, dengan peratusan tertinggi pada Skor 0.5 (2.86%). Walaupun terdapat produk yang mencapai Skor maksimum 1.0, peratusannya adalah sangat kecil iaitu 0.05%. Secara keseluruhan, dapatan ini menegaskan keperluan intervensi perancangan dan penambahbaikan kemudahan asas serta jaringan akses bagi meningkatkan tahap kemudahsampaian produk pelancongan di Seberang Perai secara menyeluruh.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Bilangan Mengikut Skor Amalan Keselamatan
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 44 | 2.37 |
| 2 | Skor 0.9 | 19 | 1.03 |
| 3 | Skor 0.8 | 70 | 3.78 |
| 3 | Skor 0.7 | 42 | 2.27 |
| 4 | Skor 0.6 | 152 | 8.20 |
| 5 | Skor 0.5 | 231 | 12.47 |
| 6 | Skor 0.4 | 444 | 23.96 |
| 7 | Skor 0.3 | 372 | 20.07 |
| 8 | Skor 0.2 | 82 | 4.43 |
| 9 | Skor 0.1 | 17 | 0.92 |
| 10 | Skor 0.01 | 380 | 20.51 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil analisis mendapati majoriti produk berada pada tahap rendah hingga sederhana, khususnya pada Skor 0.4 (23.96%), Skor 0.3 (20.07%) dan Skor 0.01 (20.51%). Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar produk pelancongan masih mempunyai tahap amalan keselamatan yang rendah atau minimum.
Walau bagaimanapun, terdapat juga produk yang mencatatkan tahap keselamatan sederhana, terutamanya pada Skor 0.5 (12.47%) dan Skor 0.6 (8.20%), yang menunjukkan kewujudan elemen keselamatan asas tetapi masih memerlukan penambahbaikan. Produk dengan tahap keselamatan tinggi adalah terhad, dengan hanya 2.37% mencapai Skor maksimum 1.0. Secara keseluruhan, dapatan ini menekankan keperluan untuk memperkukuh amalan keselamatan produk pelancongan secara menyeluruh bagi meningkatkan tahap keyakinan dan keselamatan pelawat di Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Penilaian Amalan Kelestarian
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 17 | 0.92 |
| 2 | Skor 0.9 | 13 | 0.70 |
| 3 | Skor 0.8 | 59 | 3.18 |
| 3 | Skor 0.7 | 126 | 6.80 |
| 4 | Skor 0.6 | 93 | 5.02 |
| 5 | Skor 0.5 | 89 | 4.80 |
| 6 | Skor 0.4 | 57 | 3.08 |
| 7 | Skor 0.3 | 438 | 23.64 |
| 8 | Skor 0.2 | 81 | 4.37 |
| 9 | Skor 0.1 | 331 | 17.86 |
| 10 | Skor 0.01 | 549 | 29.63 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil analisis mendapati majoriti produk pelancongan berada pada tahap rendah, khususnya pada Skor 0.01 (29.63%), diikuti oleh Skor 0.3 (23.64%) dan Skor 0.1 (17.86%). Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar produk pelancongan masih belum mengamalkan prinsip kelestarian secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun, terdapat juga produk yang mencatatkan tahap kelestarian sederhana, terutamanya pada Skor 0.6 (5.02%) dan Skor 0.7 (6.80%), yang menunjukkan kewujudan amalan kelestarian asas tetapi masih memerlukan pemerkasaan. Sebaliknya, bilangan produk yang mencapai tahap kelestarian tinggi adalah sangat terhad, dengan hanya 0.92% mencatatkan Skor maksimum 1.0. Secara keseluruhan, dapatan ini menekankan keperluan untuk memperkukuh pelaksanaan amalan kelestarian melalui pendekatan perancangan, pengurusan sumber dan kesedaran pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan pelancongan yang lebih mampan di Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Penilaian Pemasaran dan Promosi
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 143 | 7.72 |
| 2 | Skor 0.9 | 11 | 0.59 |
| 3 | Skor 0.8 | 55 | 2.97 |
| 3 | Skor 0.7 | 102 | 5.50 |
| 4 | Skor 0.6 | 279 | 15.06 |
| 5 | Skor 0.5 | 284 | 15.33 |
| 6 | Skor 0.4 | 103 | 5.56 |
| 7 | Skor 0.3 | 225 | 12.14 |
| 8 | Skor 0.2 | 21 | 1.13 |
| 9 | Skor 0.1 | 11 | 0.59 |
| 10 | Skor 0.01 | 619 | 33.41 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil analisis mendapati sebahagian besar produk pelancongan mencatatkan skor rendah, khususnya pada Skor 0.01 (33.41%), diikuti oleh Skor 0.3 (12.14%). Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap pemasaran dan promosi bagi kebanyakan produk pelancongan masih lemah serta kurang berstruktur.
Walau bagaimanapun, terdapat juga produk yang mencapai tahap pemasaran sederhana, terutamanya pada Skor 0.5 (15.33%) dan Skor 0.6 (15.06%), yang mencerminkan kewujudan usaha promosi asas melalui saluran tertentu. Menariknya, produk yang mencapai Skor maksimum 1.0 adalah agak ketara iaitu 7.72%, menunjukkan bahawa terdapat produk pelancongan tertentu yang telah dipasarkan secara aktif dan berkesan. Secara keseluruhan, dapatan ini menegaskan keperluan untuk memperkukuh strategi pemasaran dan promosi secara menyeluruh, khususnya melalui pendekatan digital, penjenamaan destinasi dan kerjasama antara pihak berkepentingan bagi meningkatkan daya saing produk pelancongan di Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Penilaian Pengalaman dan Penampilan
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 91 | 4.91 |
| 2 | Skor 0.9 | 148 | 7.99 |
| 3 | Skor 0.8 | 99 | 5.34 |
| 3 | Skor 0.7 | 260 | 14.03 |
| 4 | Skor 0.6 | 281 | 15.17 |
| 5 | Skor 0.5 | 356 | 19.21 |
| 6 | Skor 0.4 | 264 | 14.25 |
| 7 | Skor 0.3 | 87 | 4.70 |
| 8 | Skor 0.2 | 45 | 2.43 |
| 9 | Skor 0.1 | 40 | 2.16 |
| 10 | Skor 0.01 | 182 | 9.82 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil analisis mendapati majoriti produk pelancongan berada pada tahap sederhana, khususnya pada Skor 0.5 (19.21%), Skor 0.6 (15.17%), Skor 0.7 (14.03%) dan Skor 0.4 (14.25%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kebanyakan produk pelancongan menawarkan pengalaman dan penampilan yang memadai serta mampu memenuhi jangkaan asas pelawat.
Walau bagaimanapun, produk yang mencapai tahap pengalaman dan penampilan tinggi juga menunjukkan peratusan yang signifikan, dengan Skor 0.9 (7.99%) dan Skor maksimum 1.0 (4.91%), mencerminkan kewujudan produk pelancongan yang mempunyai daya tarikan visual dan kualiti pengalaman yang baik. Sebaliknya, produk dengan skor rendah (Skor 0.1 dan ke bawah) masih wujud pada kadar 14.41%, menandakan keperluan penambahbaikan dari segi reka bentuk, kebersihan, interpretasi serta kualiti pengalaman keseluruhan. Secara keseluruhan, dapatan ini menekankan kepentingan pemerkasaan elemen pengalaman dan penampilan sebagai faktor utama dalam meningkatkan daya saing dan kepuasan pelawat di Seberang Perai.
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Penilaian Kakitangan Produk Pelancongan
| BIL | SKOR PENILAIAN | BIL. PRODUK | PERATUS (%) |
|---|---|---|---|
| 1 | Skor 1.0 | 692 | 37.35 |
| 2 | Skor 0.9 | 177 | 9.56 |
| 3 | Skor 0.8 | 505 | 27.25 |
| 3 | Skor 0.7 | 149 | 8.04 |
| 4 | Skor 0.6 | 56 | 3.13 |
| 5 | Skor 0.5 | 51 | 2.75 |
| 6 | Skor 0.4 | 7 | 0.38 |
| 7 | Skor 0.3 | 38 | 2.05 |
| 8 | Skor 0.2 | 2 | 0.11 |
| 9 | Skor 0.1 | 0 | 0.0 |
| 10 | Skor 0.01 | 176 | 9.50 |
| JUMLAH | 1,853 | 100.00 | |
Sumber: Kajian Inventori Produk Dan Pelan Tindakan Pelancongan Di Seberang Perai, Pulau Pinang, 2024
Hasil analisis mendapati sebahagian besar produk pelancongan mencatatkan tahap kakitangan yang tinggi, khususnya pada Skor 1.0 (37.35%) dan Skor 0.8 (27.25%), diikuti oleh Skor 0.9 (9.56%). Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti produk pelancongan mempunyai hubungan dan perkaitan yang kuat antara tarikan utama, aktiviti sokongan serta persekitaran sekitarnya.
Walau bagaimanapun, masih terdapat produk yang mencatatkan skor kakitangan rendah, terutamanya pada Skor 0.01 (9.50%) dan Skor 0.3 (2.05%), yang mencerminkan kewujudan produk yang bersifat terasing, kurang integrasi dengan produk lain atau tidak dihubungkan secara efektif dalam rangkaian pelancongan setempat. Secara keseluruhan, dapatan ini menegaskan kepentingan pendekatan perancangan bersepadu dan pengukuhan jaringan produk pelancongan bagi memastikan pembangunan pelancongan yang lebih tersusun, saling melengkapi dan berdaya saing di Seberang Perai.
Kemudahsampaian:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan kemudahsampaian dan aksesibiliti ialah kewujudan produk pelancongan dengan tahap kemudahsampaian yang rendah, iaitu sebanyak 363 produk pelancongan (21.71%) yang mencatat skor rendah antara 0.01 hingga 0.4. Peratusan ini menunjukkan bahawa hampir satu perlima daripada keseluruhan produk pelancongan masih menghadapi kekangan dari segi capaian fizikal dan kemudahan akses.
Fasiliti Asas:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan kemudahan dan fasiliti asas ialah tahap penyediaan kemudahan asas yang masih tidak memuaskan bagi sebahagian besar produk pelancongan. Sebanyak 1,068 produk pelancongan (57.66%) mencatat skor rendah antara 0.01 hingga 0.4, menunjukkan lebih separuh daripada produk pelancongan masih kekurangan kemudahan asas yang mencukupi.
Keunikan Produk:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan keunikan produk pelancongan ialah tahap keunikan yang sangat rendah bagi sebahagian besar produk pelancongan. Sebanyak 1,700 produk pelancongan (91.70%) mencatat skor rendah antara 0.01 hingga 0.4, yang menunjukkan majoriti produk pelancongan masih kurang menonjol dari segi identiti dan keistimewaan tersendiri.
Amalan Keselamatan:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan amalan keselamatan ialah tahap keselamatan yang masih rendah bagi sebahagian besar produk pelancongan. Sebanyak 1,278 produk pelancongan (69.01%) mencatat skor rendah antara 0.01 hingga 0.4, menunjukkan bahawa majoriti produk pelancongan masih belum mengamalkan standard keselamatan yang mencukupi.
Amalan Kelestarian:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama berkaitan amalan kelestarian ialah tahap pelaksanaan kelestarian yang rendah dalam sebahagian besar produk pelancongan. Sebanyak 1,425 produk pelancongan (76.96%) mencatat skor rendah antara 0.01 hingga 0.4, menunjukkan bahawa majoriti produk pelancongan masih belum mengamalkan prinsip kelestarian secara menyeluruh.
Pemasaran dan Promosi:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan pemasaran dan promosi ialah tahap pemasaran yang masih rendah bagi sebahagian besar produk pelancongan. Sebanyak 968 produk pelancongan (52.23%) mencatat skor rendah antara 0.01 hingga 0.4, menunjukkan bahawa lebih separuh daripada produk pelancongan masih kurang dipromosikan secara berkesan.
Pengalaman dan Penampilan:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan pengalaman dan penampilan produk pelancongan ialah ketidakseimbangan tahap kualiti pengalaman yang ditawarkan. Walaupun sebahagian besar produk pelancongan berada pada tahap sederhana, iaitu Skor 0.5 hingga 0.6 yang merangkumi 34.38%, masih terdapat bilangan produk yang mencatat skor rendah yang signifikan.
Pengurusan Kakitangan:
Berdasarkan dapatan kajian, isu utama yang dikenal pasti berkaitan pengalaman dan penampilan produk pelancongan ialah ketidakseimbangan tahap kualiti pengalaman yang ditawarkan. Walaupun sebahagian besar produk pelancongan berada pada tahap sederhana, iaitu Skor 0.5 hingga 0.6 yang merangkumi 34.38%, masih terdapat bilangan produk yang mencatat skor rendah yang signifikan.